Laman Utama
Jadi Ibu Tunggal, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Mahu Berdikari - “Tamparan Hebat Ini Buat Saya…”
Sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mahu memulakan perniagaan bagi kelangsungan hidup bersama anak-anak.
Menurut Shuhada, dia ingin mengubah persepsi buruk segelintir masyarakat terhadap golongan ibu tunggal yang dianggap hanya bergantung kepada orang lain.
“Seperti yang semua sedia tahu, Shu akan mulakan hidup sebagai single mother. Jadi, kebanyakan orang akan fikir yang bukan-bukan pada Shu. Shu ada kat sini untuk ubah persepsi buruk orang pada single mother.
“Shu nak keluar dari pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi orang yang meminta-minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak-anak,” katanya.
Ramai yang senasib dengannya, Shuhada berkata dia perlu menjadi lebih kental dan berdikari dengan mempunyai sumber pendapatan sendiri.
“Money is not everything but we cant pay our bills with likes and shares. Shu sedar ramai yang senasib malah ramai juga yang lalu pengalaman lagi teruk dari Shu. I respect you all for that.
“Jadi, semua mesti faham yang tak ada apa lagi penting dari ketenangan hidup dan rahmat Allah dalam meniti kehidupan yang tak kekal ni. Shu berani cakap, Shu tak pernah semangat macam mana Shu semangat saat ni.
“Tamparan hebat ni buat Shu yakin yang Shu kena lebih kental dan lebih berdikari. I will get through this! you too bestie! Jadi, Shu pilih untuk bina sumber pendapatan Shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ni bukan azam sementara. Ini azam mutlak!” ujarnya.
Terdahulu, selepas kecoh isu berlaku curang, Hafidz dilaporkan sudah melafazkan cerai talak satu terhadap Shuhada di hadapan keluarga wanita itu.