Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Jadi Ketua Keluarga, Kerja Keras Cari Rezeki..” - Azfar Heri Kini Buka Kedai Lilin Jenama Sendiri

Azwa Rahman 12/06/2022 | 09:15 MYT

Personaliti media sosial dan pempengaruh Azfar Heri melangkah setapak lagi dalam kerjayanya bergelar ahli perniagaan apabila berjaya membuka sebuah kedai menjual lilin.

Menerusi laman sosial Twitter, Azfar Muhammad Azfar Herisyam, 24, berkongsi foto-foto sewaktu pembukaan rasmi kedai lilin jenamanya sendiri iaitu Nyala yang mula beroperasi pada Sabtu.
Menurut Azfar, dia telah berjanji pada ibu bahawa dia mahu menggantikan tempat sebagai ketua keluarga dan bekerja keras mencari rezeki untuk menampung adik-beradiknya.
“Bila dah jadi ketua keluarga, I dah janji dengan mama untuk kerja keras cari rezeki untuk keluarga. Bermula dengan jual lilin dari rumah, sekarang alhamdulillah Nyala dah ada physical store sendiri,” jelasnya menerusi satu rantaian ciapan.
Kata Azfar lagi, dia sangat berbangga dengan dirinya sendiri kerana berjaya membahagikan masa di antara kerjaya dan pembelajaran.
“Im so proud of myself, umur 24 dah ada kedai sendiri, walaupun busy study final year dapat jugak bahagi masa untuk kerja dan jugak family.
“Ini untuk keluarga saya dan diri saya. Time ni bawak mama dengan semua datang visit kedai, happy yee.
“I nak ambik peluang ni nak cakap thank you so much to my team sebab tanpa korang jugak Nyala takkan grow sejauh ni, start dari 3 orang pekerja and now dah ada 11 orang,” ujarnya lagi.
(Embed)
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan-rakan pempengaruh dan selebriti seperti Imran Ajmain, Khairul Aming, Imran Bard, Ceddy dan ramai lagi turut tumpang gembira dan berkongsi rasa bangga di atas kejayaan Azfar.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat hampir 40,000 tanda suka daripada warga Twitter.

#Azfar Heri #Influencer Instagram #Kedai lilin
;