Laman Utama

Jadi Pasukan Pertama Menang Piala Dunia 2022 Qatar, Arab Saudi Malukan Pemilik Dua Kali Piala Dunia, Argentina

Maliah Surip
23/11/2022
04:25 MYT
Sponsor Banner
Jadi Pasukan Pertama Menang Piala Dunia 2022 Qatar, Arab Saudi Malukan Pemilik Dua Kali Piala Dunia, Argentina
Pasukan negara bola sepak Arab Saudi sedang menjadi perhatian dunia apabila menewaskan pasukan gergasi, Argentina dalam perlawanan kumpulan C di Piala Dunia 2022 Qatar.
Arab Saudi menang 2-1 ke atas Argentina yang sebelum ini memegang rekod sebagai pemenang dua kali Piala Dunia iaitu pada tahun 1978 dan 1986.
Lebih membanggakan, Arab Saudi merupakan tim pertama Asia yang menang di Piala Dunia 2022.
Lebih memedihkan, Argentina yang memiliki pemain terbaik ketiga dunia, Lionel Messi itu ditumpaskan oleh pasukan yang berkedudukan pada tangga 48 di bawah mereka.
Kemenangan bersejarah Arab Saudi dicetak oleh Salem Al Dawsari yang mengubah pertarungan dari seri 1-1 kepada 2-1 pada perlawanan yang berlansung di Lusail Iconic Stadium, Lusail, 22 November 2022.
Gol Argentina disumbat oleh kapten mereka untuk memberi keyakinan dan kepercayaan bahawa pasukan tersebut akan menang.
Namun takdir berkata lain apabila Arab Saudi berjaya mencetak dua gol pada separuh masa kedua dengan yang pertama melalui Saleh Al- Shehri.
Ironi banyak pemerhati sukan yang meramalkan Argentina akan menang mudah ke atas Arab Saudi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar