Hiburan
Jadi Peminat Setia, John Cena Tawar Diri Jadi Bodyguard BTS
Minat selebriti WWE terkemuka, John Cena terhadap kumpulan K-Pop popular BTS bukan lagi rahsia.
Cena secara terbuka mengakui dirinya salah seorang peminat kumpulan itu dan selalu mengemas kini status atau foto berkenaan dengan kumpulan tersebut di akaun laman sosial miliknya.
Terbaru, Cena menawarkan servis untuk menjadi pengawal peribadi BTS jika mereka melawat Amerika Syarikat.
Cena meluahkan hasrat tersebut di laman sosial Twitter miliknya selepas insiden BTS diserbu peminat di Taiwan menjadi tular di internet.
We need John Cena and his gang to punch those pitches if they crossed the line at the airport— YB JUNG HOSEOK ? (@InnaSyafina) July 8, 2018
Menerusi entri tersebut, Cena berseloroh memberitahu dia sebenarnya sudah lama menjadi 'bodyguard' BTS.I’ve had a little trouble keeping up lately but does @BTS_twt @bts_bighit need a bodyguard? Crazy because I’ve been touring with them for years, they just can’t see me. #GotYourSix— John Cena (@JohnCena) July 11, 2018
Menerusi insiden di Taiwan, BTS dikepung dan diekori oleh peminat fanatik sehingga keadaan di lapangan terbang tidak terkawal.
Sumber: Billboard
Foto: Biography.com, Allkpop
Must-Watch Video