Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jadi Raja Ketika Usia 25 Tahun, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Ratu Elizabeth II

Shahrin Zulkifle 09/09/2022 | 05:30 MYT

Pada tanggal 8 September 2022, dunia telah dikejutkan dengan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usianya 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland.

Ratu Elizabeth II menjadi permaisuri pada 6 Februari 1952. Beliau ialah ibu kepada Putera Charles, pewaris takhta, serta nenek kepada Putera William dan Harry.

Sebagai raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British, beliau cuba menjadikan pemerintahannya lebih moden dan sensitif kepada orang rakyat tetapi masih mengekalkan tradisi.

BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat

Berikut merupakan 5 trivia mengenai Ratu Elizabteh II.

1.Kelahiran

Ratu Eizabeth II dilahirkan sebagai Puteri Elizabeth Alexandra Mary di Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Paduka ayahanda dan paduka bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York dan Elizabeth Bowes-Lyon.

Pada masa kelahirannya, kebanyakan orang tidak menyedari Elizabeth suatu hari nanti akan menjadi ratu Great Britain. Elizabeth, yang digelar Lilibet, menikmati dekad pertama dalam hidupnya dengan semua keistimewaan kehidupan sebagai raja.

2. Pertabalan

Elizabeth ditabalkan sebagai Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953, di Westminster Abbey, pada usia 25 tahun.

Elizabeth memikul tanggungjawab raja yang memerintah pada 6 Februari 1952, apabila bapanya, Raja George VI, mangkat. Buat pertama kalinya, upacara pertabalan disiarkan di televisyen, membolehkan orang ramai dari seluruh dunia dapat menyaksikan kemegahan majlis pertabalan tersebut.

3. Perkahwinan

Elizabeth telah berkahwin dengan sepupu jauhnya sendiri, Philip Mountbatten pada 20 November 1947, di Westminster Abbey London.

Saat Elizabeth pertama kali bertemu dengan Philip yang juga merupakan anak kepada Putera Andrew dari Greece, ketika usianya 13 tahun. Elizabeth terpesona dengan Philip sejak awal pertemuan.

Kedua-duanya terus berhubung selama bertahun-tahun dan akhirnya jatuh cinta dan kemudian mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun Philip telah mangkat pada 9 April 2021, pada usianya 99 tahun.

4. Anak

Elizabeth dan Philip tidak mengambil masa yang lama untuk memiliki cahaya mata, anak lelaki sulungnya, Charles dilahirkan pada tahun 1948, setahun selepas perkahwinan mereka, dan anak keduanya, Anne lahir pada tahun 1950.

Selain Charles dan Anne, perkahwinan tersebut turut mengurniakan mereka dua lagi anak lelaki, Andrew dan Edward yang masing-masing lahir pada tahun 1960 dan 1964.

Pada tahun 1969, beliau secara rasmi menjadikan Charles penggantinya dengan memberikan gelaran Putera Wales.

5. Tahun Pemerintahan

Pemerintahan Elizabeth merupakan pemerintahan paling lama pernah direodkan dalam takhta pemerintahan Britain iaitu selama 70 tahun 7 bulan. Rekod tersebut mengalahkan pemerintahan Ratu Victoria.

Sebagai raja berperlembagaan, Elizabeth tidak mengambil berat tentang perkara politik, dan tidak mendedahkan pandangan politiknya. Bagaimanapun, beliau kerap berunding dengan perdana menterinya.

Baginda juga telah berkhidmat bersama 15 Perdana Menteri sepanjang pemerintahannya.

Sumber – Wikipedia, Biography

#Ratu Elizabeth Mangkat #Trivia Menarik Tentang Ratu Elizabeth II
;