Berita

“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10

Syafiqah Jalal
11/10/2019
10:30 MYT
Sponsor Banner
“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10
Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli mendedahkan hidup selebriti bukan mudah seperti yang dilihat.
Bienda berkata sebagai selebriti dia perlu berhati-hati dalam berkongsi apa jua perkara.
Namun, Bienda memberitahu dia bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang kini menjadi suaminya, Kamarul Zariman Abd Rahman kerana sentiasa menjadi pendengar setia.
“Honestly jadi selebriti ni bukan mudah macam yang kita nampak, tak semua benda kita boleh share.
“Tapi syukur Alhamdulilah, Allah pertemukan Bienda dengan jodoh yang baik. Menjadi imam dan walid pada dua cahaya mata.
“Tempat mengadu, curah kasih sayang, suka dan duka Bienda dari zaman bujang sampailah sekarang,” tulisnya.
Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya ketika majlis perkahwinan mereka 10 tahun lalu.
Sempena ulang tahun perkahwinan mereka semalam, Bienda mengucapkan terima kasih kepada suami serta keluarga dan semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.
“Terima kasih suami for the last 10 amazing years. Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita.
“Tak lupa juga terima kasih pada semua sahabat-sahabat, keluarga dan rakan-rakan followers Bienda yang sentiasa mendoakan kami dari dilu sampai selarang.
“Semoga kita semua dikurniakan jodoh, suami atau isteri yang solehah,” katanya lagi.
Pasangan ini telah dikurniakan dia orang cahaya mata Lavienda Namiraz, 7, dan Namiraz, 5 tahun.
Nie Fav Song Bienda Dari Koleksi Album PURPOSE @justinbieber ❤️ Honestly Jadi Celebrity Nie Bukan Mudah Mcm Yg Kita Nampak, Tak Semua Benda Kita Boleh Share... But Syukur Alhamdulillah ?? Allah AWT Pertemukn Bienda Dgn Jodoh Yg Baik, Menjadi Imam & Walid Pd 2 Cahaya Mata Bienda ❤️ Aboya... Tempat Mengadu,Curahan Kasih Sayang,Suka & Duka Bienda Dari Zaman Bujang Sampailah Sekarang ... Terima Kasih Aboya Sayang For The Last 10 Amazing Years ??? Semoga ALLAH SWT Memakbulkan DOA2 Kita ? . Tak Lupa Juga Terima Kasih Pada Semua Sahabat2,Keluarga & Rakan2 Followers Bienda Yg Sentiasa Mendoakan Kami Dari Dulu Sampai Skrg ?? Semoga Kita Semua Di Kurniakan JODOH,Suami/ Isteri Yg Soleh & Solehah ... Yg Akn Memimpin Kita Ke Jalan ALLAH SWT ?? Suami/Isteri Adalah CERMINAN Diri Kita... Jadilah Suami/Isteri Yg Baik,Cintailah Pasangan Kita Kerana ALLAH ❤️Insya Allah Bahagia Hingga Ke Syurga ❤️?? . . @biendalovers #HappyAnniversary #SyukurAlhamdulillah #101009 #10thAnniversary #BiendaAndBoy #HubsBaby #Husband #Hubby #LoveOfMyLife #MrAboya #Bienda #BiendaLavienda #BiendaLovers?
A post shared by FC IG : @BiendaLovers ? (@biendalavienda) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar