Hiburan
"Jadi Waiter Je Pun Dalam Flight" - Netizen Sindir Kerjaya Cabin Crew, Ini Jawapan Zarul Umbrella
"Jadi waiter je pun dalam flight, kalau doktor, peguam wow lah bagi aku," demikian tulis seorang pengguna di ruangan komen video YouTube Zarul Umbrella.
Tidak melatah dengan sindiran tersebut, Zarul yang pernah berkhidmat bersama sebuah syarikat penerbangan terkenal selama 16 tahun tampil menjawab.
Jelas Zarul, sukar untuk terpilih menjadi kru penerbangan dan sepanjang latihan mereka diajar banyak perkara selain servis pelanggan.
"Nampak macam waiter, tapi sebelum dapat terbang kena training dan belajar macam-macam.
"Mereka ada sijil CPR dan macam-macam lagi, pendek kata mereka First Aider bertauliah.
"Kalau waiter pun awak tak sepatutnya nak pandang rendah walau cuci tandas pun. Itu kerja mulia. Daripada pandang rendah kerja orang, baik kita muhasabah diri," balas Zarul.
Perselisihan pendapat itu mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.
Malah, ada yang memuji kepintaran Zarul untuk berdepan dengan sikap individu ketika berkhidmat hingga kini.
"Bangga betul ayat abang, masih bawa diri sebagai frontliner di awan yang merendah diri dan hebat.
"Kagum dan sabar melayan monyet di udara sebelum ini dan monyet alam sibet yag sibuk nak komen negatif. Saya sentiasa menghormati airliners," tulis Eastma Ash.