Hiburan
"Jalan Sikit Je Boleh Berlanggar" - Baru Seminggu Dibuka, Saloma Link Dah Kotor?
Setelah hampir 18 bulan dibina, Saloma Link akhirnya dibuka secara rasmi hari ini, 6 Februari lalu.
Mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi, Saloma Link telah mencuri tumpuan ramai untuk mengambil gambar.
Namun, tidak sampai dua minggu ia dibuka, sudah ada beberapa isu yang tidak elok mengenai jambatan berkenaan.
Paling yang menjadi pendebatan netizen ketika ini pastinya isu kebersihan.
Menerusi satu posting di Twitter oleh Cyberjaya Info, laman berkenaan memuat naik gambar beberapa bahagian Saloma link yang telah kotor.
Sebahagian daripadanya berpunca daripada air minuman yang tumpah.
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni.Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain.Sama-sama kita jaga kebersihan. ❤️ pic.twitter.com/lGRbKGkYiv— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) February 10, 2020
Posting berkenaan telah pun mencetuskan kemarahan netizen.
Rata-rata mereka menyarankan supaya orang ramai yang datang ke Saloma Link tidak membawa sebarang makanan dan minuman.
Ini kerana jumlah kepadatan orang di situ berkemungkinan boleh menyebkan makanan atau minuman tertumpah, sekali gus menjadikan Saloma Link bertambah kotor.
Untuk rekod, jambatan ini telah menelan kos RM31 juta yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Must-Watch Video