Hiburan
Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”
Raja pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia tidak kisah untuk menanggung perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani, 18 yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Tanggungjawab Sebagai Ayah
Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, dia tetap akan memberi bantuan dari segi kewangan biarpun Zaki memilih untuk membayar sendiri yuran pengajian tersebut.
"Sebagai seorang ayah yang tak mahu mengeruhkan keadaan dan bersabar. Saya ada tanya dia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tiada jawapan.
"Saya dengar dia mahu melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA tetapi mungkin tak boleh sebab dia perlu mahir bermain alat muzik.
"Dan kini dia dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, itu yang saya dengarlah. Saya ikutkan saja dan kalau untuk belajar, saya akan tanggung.
"Kalau Zaki perlu bantuan, saya akan beri. Tanggungjawab saya sebagai seorang ayah akan diteruskan,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
Biar Zaki Buat Pilihan Sendiri
Tambah pelantun lagu Sandarkan Pada Kenangan itu lagi, dia enggan mencampuri urusan kursus pengajian yang dipilih Zaki sebaliknya sentiasa menyokong minat Zaki termasuk untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik.
"Saya ada dengar tentang Zaki sambung belajar daripada datuk dan nenek dia. Saya sendiri pun tak dapat khabar berita daripadanya.
"Saya faham situasi ini, rumah dan ibu lain. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan dan enggan dia stres atau tertekan, saya biarkan.
"Setakat ini memang saya mengikuti perkembangan hidup mereka. Namun, kalau untuk belajar, memang saya akan tanggung,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di sebuah universiti swasta.
Malah, dia juga tidak berkongsi mengenai perkara itu kepada bapanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Lega Dah Habis SPM, Zaki Yamani Mahu Sambung Belajar - “Berangannya Nak Ambil Bahagian Komposer…”
ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani Target Dapat 7A Dalam SPM - "Sibuk Kerja Pun, Pelajaran Diutamakan!"
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Serahkan Segalanya Kepada Ibu Mereka” - Jamal Abdillah Akui Hubungan Dengan Anak Tidak Renggang
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Dihalang Jumpa Anak, Zaki Yamani Minta Jamal Abdillah Berhenti Burukkan Ibu - “Janji Nak Jumpa, Call Pun Tak Jawab”
Must-Watch Video