Hiburan

“Jangan Ada Busuk Hati…” - Ibu Ameera Khan Titip Pesanan, Berhenti Menilai Orang Supaya Elak Penyakit Hati

Ainun
24/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Ada Busuk Hati…” - Ibu Ameera Khan Titip Pesanan, Berhenti Menilai Orang Supaya Elak Penyakit Hati
Ibu kepada pempengaruh Ameera Khan atau LMK iaitu Datin Noor Kartini, menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menilai orang lain dan sentiasa melihat sisi baik dalam setiap perkara.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Noor Kartini menegaskan sikap suka menilai orang lain tidak akan mendatangkan kebaikan, malah boleh membawa akibat buruk kepada diri sendiri.

Oleh itu, dia sempat berpesan kepada orang ramai untuk menjaga hati daripada sifat-sifat negatif seperti iri hati, dengki, atau perasaan tidak baik terhadap orang lain.

“Lagi satu, sebenarnya ada orang yang sengaja bertanya soalan tertentu hanya untuk menyindir kita.

“Namun, akhirnya mereka mungkin mendapat jodoh yang lebih buruk 100 kali ganda kerana niat mereka tidak betul.

“Sebab itulah, jangan ada penyakit hati, jangan ada busuk hati. Dalam kehidupan ini, Allah boleh mengubah keadaan kita dalam sekelip mata; yang baik boleh menjadi jahat, dan yang jahat boleh menjadi baik,” katanya menerusi video di TikTok.

Tambahnya lagi, pengalaman hidup selama ini telah memberikan banyak pengajaran, khususnya mengenai sikap manusia yang suka menjatuhkan hukum terhadap sesama.

Baginya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menilai setiap hamba-Nya malah dia juga menasihati agar sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan.

“Saya sudah hidup 58 tahun, dan saya telah melihat pelbagai pengalaman hidup.

“Sebab itulah orang kata, jangan menilai orang lain kerana hanya Allah sahaja yang boleh menghukum manusia.

“Kita tak mahu ada prasangka buruk kerana itu hanya merosakkan hati. Sebaliknya, kita perlu selalu memikirkan perkara yang positif.

“Kalau kita sentiasa berfikiran positif, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan gembira,” jelasnya.

Sekadar info, Datin Noor Kartini berkata demikian disebabkan ramai netizen menyuruhnya untuk menasihati anaknya, Ameera Khan memandangkan kelihatan sangat mesra dengan pelakon Indonesia iaitu Jefri Nichol.

BERTIA BERKAITAN: Netizen Tanya Ameera Khan Bila Nak Kahwin, Ini Respons Tuan Badan - “Insya-Allah Pada…”

BERITA BERKAITAN: Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”

BERITA BERKAITAN: Sweetnya! Ameera Khan & Jefri Nichol Saling Berbalas Luahan Cinta, Netizen Tumpang Gembira - “Girl In Love...”

BERITA BERKAITAN: “Saya Memang Nak ‘End Up’ Dengan Awak” - Harap Hubungan Sampai Ke Jinjang Pelamin, Ameera Khan Respons Dakwaan Jefri Nichol ‘Red Flag’

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024