Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jangan Ambil Mudah Soal Mesra Wuduk, Pengasas Produk Kosmetik Ini Bimbang Solat Tak Sah!

Amri Hassan 22/02/2022 | 01:45 MYT
Konsep produk mesra wuduk atau wuduk 'friendly' acapkali mengelirukan ramai pihak terutama golongan wanita yang terbiasa bersolek namun dalam masa sama wajib menunaikan solat lima waktu.
Hinggakan ramai menganggap apabila produk itu mesra wuduk, bererti tak perlu mencuci solekan sebelum mengambil air solat (wuduk) dan boleh terus bersolat.
Ironinya produk kecantikan dan kosmetik, Nurraysa yang terkenal dengan tagline Kosmetik Mesra Wuduk mempunyai asas kukuh terhadap perjuangan produknya sejak awal 2014 hingga kini.
Pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli berkata soal produk mesra wuduk ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh jadi solat didirikan tidak sempurna tanpa disedari.
"Berdasarkan kajian dan pemerhatian, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.
"Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk tidaklah menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit. Ia memerlukan perbincangan yang khusus.
"Namun apa yang produk saya ketengahkan memang konsep menekan atau mempraktikkan ialah mudah di cuci dan ditanggalkan. Bukan tidak perlu di cuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan penggunaan bedak asas, lipstik, 'eyeliner', 'blusher', 'eyebrow', 'eyeshadow' dan 'mascara'. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis," katanya.
Kata Nur Aini lagi, paling utama rangkaian produknya jelas tiada silikon.
"Silikon sendiri adalah bersifat 'waterproof' atau kalis air. Jadi ia ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk solekan bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun atau penanggal solekan.
"Pendek kata dengan adanya silikon kena dicuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.
"Sebab itu produk saya tiada silikon. Ia jelas tidak bersifat kalis air dan menggunakan bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit. Mahu atau tidak, memang kena cuci solekan baru berwuduk tanpa was was. Jadi, bila dah tahu perkara sebenar, kena memperbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap," katanya.
Rangkaian produk jenama itu, Glowing DD Moist Cake (DDMC) merupakan antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.
Produk itu digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula dan diberi nama sebagai Hot Set (Set Panas) kerana antara produk mesra wuduk paling laris sejak dikeluarkan pada tahun 2015.
"Rangkaian dua produk itu menjadi bukti kami sedia maklum dengan permasalahan wanita di luar sana. Ia lebih praktikal kerana solekan mudah ditanggalkan, mudah untuk dipakaikan semula, tidak mengambil masa lama, tiada kandungan bahan merbahaya dan'glowing' dalam masa lima minit.
"DDMC sendiri juga tiada silikon. Ia produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++. Ia dihadirkan dengan dua tona warna, kulit tidak bercapuk dan berminyak walaupun dibawah terik matahari. Tentunya ia mesra wuduk dan mudah dicuci serta ditanggalkan.
"Kandungan dalam DDMC sendiri diperkayakan minyak Marula yang kaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan. Tak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba. Ia juga bersifat 'non comedogenic' yang tidak menyumbatkan liang pori. Klik https://linktr.ee/nurraysahq untuk lanjutan," katanya.
Manakala Magic Lipstick pula diperkaya dengan minyak marula, tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir yang kerap memakai lipstik setiap hari. Malah, Magic Lipstick ini juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan ia sentiasa segar serta cantik dengan senyuman.
Syarikat ini pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.
Ia mengamalkan sistem 'dropship' yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.

Setakat ini, sudah ada 32 'billboard' jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan.

#Produk #Kosmetik #Nur Aini Zolkepeli #Nurraysa #Mesra Wuduk
;