Hiburan
“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.
Kesal Dengan Segelintir Netizen
Scha menerusi Instastory memuat naik semula artikel mengenai penyanyi Naim Daniel yang membuat laporan polis berikutan menerima ugutan bunuh ibu bapanya disebabkan isu tersebut.
“Fitnah-menfitnah, permusuhan, dengki-mendengki, mewujudkan persepsi buruk, itulah realitinya.
“Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik. Jangan bersifat personal. Sekarangkan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana sini,” kongsi Scha.
Ambil Tindakan Sama Dengan Naim
Pada perkongsian yang sama juga, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu turut menegaskan dia juga akan mengambil tindakan seperti Naim jika berdepan situasi yang sama.
“Periksa hati masing masing. Sebab saya pun tak akan teragak-agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi yang sama macam ni,” katanya.
Terdahulu, Scha antara yang tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Scha juga sudah kehilangan 100,000 pengikut di Instagram gara-garam gerakan Blockout 2024.
Manakala Naim pula menerima kecaman dan ugutan selepas mengeluarkan kenyataan berhubung gerakan tersebut di platfrom X.