Laman Utama
“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Pelakon Farah Nabilah mengakui agak tercabar untuk berlakon dalam drama bersiri Scammer 2 yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.
Menurut Farah, selain daripada berlakon dalam bulan puasa, ini perkara kalinya dia berlakon dalam sebuah drama bergenre aksi.
“Agak mencabar jugak watak yang saya dapat sebab pertama kalinya bawa watak sebegini. Tapi atas bantuan rakan-rakan pelakon dan pengarah, lama-lama saya dah okay,” ujar Farah kepada Gempak.
Mendedahkan agak tertekan di atas kejayaan drama Scammer 1 sekitar tahun lalu, Farah menegaskan yang Scammer 2 dan yang terdahulu adalah sangat berbeza.
Dalam pada itu, Farah turut berasa seronok bergandingan bersama aktor Beto Kusyairy sebagai rakan pelakon.
“Best bekerja dengan Beto, dia sangat profesional dan banyak membantu saya dari segi lakonan,” ujarnya lagi.
Pernah berdepan situasi discam penjual barangan terutamanya secara dalam talian, Farah turut meninggalkan pesan buat semua peminat drama bersiri Scammer 2.
“Jangan bertuhankan duit. Bila kita berfikiran begitu, memang itu sahaja yang kita pandang dan segala kehidupan berpaksikan pada benda itu,” katanya.