“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?
Nota pemandu sebuah kereta jenis Honda City undang perhatian netizen media sosial.
Pemandunya yang dipercayai seorang lelaki itu seboleh bolehnya tidak mahu keretanya dikunci (clamping) oleh pihak berkuasa sebaliknya lebih rela disaman.
Lelaki yang menggunakan nama @amruu.a itu berkongsi satu video di aplikasi TikTok menunjukkan keretanya diletakkan nota yang meminta pihak berkuasa supaya tidak mengunci tayar (clamping) kenderaan tersebut.
Lelaki itu meletakkan sekeping nota bertulis di hadapan cermin keretanya.
“Jangan clamping, saman je nanti saya bayar,” tulisnya.
Disebabkan notis itu, netizen media sosial mempersoalkan tindakkannya yang dilihat sanggup untuk menghabiskan wang ringgit berbanding dikenakan tindakan ‘clamping’ yang dianggap lebih murah.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, @amruu.a mendedahkan bahawa dia sayangkan ‘sport rim’ keretanya kerana bimbang sekiranya mengalami kesan calar akibat tindakan ‘clamping’ itu.
Katanya, ‘sport rim’ jenis itu sukar untuk didapati lalu dia lebih rela membayar saman meskipun dendanya mencecah dua kali ganda.
“Bayar double pun tak apa lah asalkan sport rim tak calar,” jawabnya.