Terkini

“Jangan Dia Tinggal Spender Je Mama” - Khazrul Elzey Nasihat Zarina Anjoulie Bersabar, Sedia Lawan ‘Budak Senget’ Di Court!

Izwan Isa
12/01/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Dia Tinggal Spender Je Mama” - Khazrul Elzey Nasihat Zarina Anjoulie Bersabar, Sedia Lawan ‘Budak Senget’ Di Court!
Lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzey menasihati pelakon itu supaya tidak terus melayan dan bergaduh dengan individu yang didakwa sebagai Fathia Latiff di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Khazrul berkata, hal berkenaan jika berpanjangan bakal meninggalkan kesan dan dapat dilihat oleh anak serta cucunya di kemudian hari.

BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff

“Tak mengapa Mama, kita stop. Dia bukan level you untuk you lawan dekat media sosial. We are ready if she sues in court. You don’t worry.
“Stop pertelingkahan antara Mama dengan siapa nama budak tu? Budak senget tu? Siapa nama dia? Papa pun tak tahu. Papa pun tengok dia macam senget. Kita panggil dia budak senget.
“Mama just chill dan releks. Mama bertolak ansur sikit, jaga nama baik Papa,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok semalam.
@standwithpalestinen @zarinaanjoulie_ #fyp ♬ Seruling Sholawat Jibril - vmozjr
Dalam masa sama, Khazrul berkata, dia bersedia untuk berlawan dengan individu terbabit di mahkamah.
“Pi lantak sama dia. Kita tunggu dia di mahkamah, no problem. Jangan dia tinggal spender je Mama. Jangan dia tak boleh nak bayar saman kita. We sue her until bankrupt pun boleh,” katanya lagi.
Terdahulu, Khazrul dan Zarina pernah mengikat tali pertunangan. Namun, ikatan itu pernah terputus, namun kembali terjalin pada September tahun lalu.
Namun, menerusi kapsyen di antara hantaran terkini Zarina di Instagram, wanita itu seperti memberitahu bahawa Khazrul itu kini merupakan suaminya.

BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar