Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Jangan Ingat Saya Janda Senang-Senang Nak ..." - Elly Ariffin Terima Mesej Lucah, Harap Wanita Tak Dijadikan Simbol S*ks!

Firdaus 14/02/2024 | 02:55 MYT

Pengacara dan pelakon, Elly Ariffin yang sering menerima mesej berbaur seksual memohon agar kaum wanita tidak dijadikan sebagai ‘simbol seks’ oleh segelintir pihak.

Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamarul Arifin, 35, berkata, tindakannya mendedahkan sikap menjijikkan itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak menjadi lebih teruk.

BERITA TRENDING: “Kalau Kita Dah Mula Bangga & Support Maksiat, Maksudnya…” - Ustaz Adnin Tegur Orang Sanjung ‘Hot Daddy’

“Elly rasa benda ni harus dihentikan, sebab pertama sekali, jangan anggap perempuan tu adalah sebuah ‘subjek’.

“Kedua, jangan anggap perempuan sebagai ‘simbol seks’ yang sesuka hati je boleh diperkotak katikkan. Saya membantu bukan sahaja diri saya tapi wanita-wanita lain juga yang mungkin tak berani nak menyuarakan tentang isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Elly turut berkongsi bahawa statusnya sebagai janda bukanlah tiket untuk didekati lelaki-lelaki miang di luar sana.
“Jangan hanya kerana saya pernah berkahwin saya dilihat mudah dan senang atau sebagainya. Buat masa ini saya hanya ingin meletakkan fokus terhadap kerjaya seni dan juga diri sendiri saja.
“Malah tidak wajar untuk mencari pengganti dan berkahwin hanya kerana ingin mengelakkan diri daripada menerima mesej lucah. Saya pernah berkahwin, jadi tidak mahu kecundang lagi, perlu cari yang benar-benar serasi,” kongsi Elly.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Jiggy pada 9 September 2016 namun berpisah pada Januari 2020. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Sekadar info, Elly baru saja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Malang Si Puteri yang bakal ditayangkan pada 11 Mac di saluran Astro Ria.

#Viral #Netizen #Selebriti #hiburan #Lucah #Elly Arifin
;