Laman Utama
“Jangan Jadi Pondan!” - PU Syed Cabar Pengirim DM Berbaur Makian Untuk Bersemuka
Pendakwah bebas, PU Syed memang cukup dikenali dengan kelantangannya dalam menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Selain itu, dia juga sering mengkritik penganjuran acara-acara hiburan di Malaysia, khususnya konsert berskala besar yang diadakan oleh artis luar negara.
Bagaimanapun, mungkin tidak semua bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh PU Syed.
Disebabkan itu, PU Syed masih lagi menerima mesej-mesej berupa makian di ruangan DM di platform-platform media sosial miliknya.
“Ada lagi mesej-mesej yang di PM pada saya oleh budak-budak tak cukup umur ni. Apa dia ingat saya takut dengan cercaan dan makian mereka!?
“Kalau berani mari depan saya lah. Jangan jadi pondan!” selar PU Syed menerusi satu hantaran di Instagram.
Meninjau ruangan komen, rata-rata memberikan maklum balas positif kepada PU Syed selain mengingatkannya supaya bersabar.
“Sabar ustaz. Orang yang sampaikan kebenaran memang ada sebahagian manusia tak senang duduk. Kerusi mereka tiba-tiba panas.”
“Kalau mereka turun padang, jangan lupa ajak kami jugak ustaz.”
“Benarlah apa Nabi SAW kata… Beruntunglah kamu berada di kalangan terasing. Islam hadir dalam keadaan terasing maka akan pulang dalam keadaan terasing. Kuatkan pegangan pada hadis dan Al-Quran.”