Laman Utama
“Jangan Lah Pertikai Dia Baru Kahwin Dah Mengandung”- Nad Zainal Sudah Jelaskan, Perut Tetap Jadi Bahan Bualan Netizen
Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal telah pun tampil memberi penjelasan tentang bentuk perutnya yang sedikit besar sehingga membuatkan ramai netizen menyangka dia sedang hamil.
Ia gara-gara video yang dimuat naik di Instagram apabila dari sisi menampakkan perutnya itu yang dianggap ramai sebagai baby bump.
Isteri kepada Ungku Ismail itu sudah pun menafikannya dan ia mengatakan ia hanya kerana buncit.
“Bukan. Buncit makan nasi,” balasnya dalam komen di laman sosial berkenaan.
Pun begitu, perutnya itu tetap terus menjadi bualan netizen sehingga ramai juga yang mempertikaikan komen-komen yang berbaur fitnah.
Pada mereka, meskipun Nad baru sahaja bernikah dengan pelakon Ungku Ismail pada bulan lalu, ia bukan isu besar untuk ibu anak dua itu hamil.
“Kalau pregnant pun apa salahnya..dah nikah da pun ..macam saya dulu bunting pelamin..tak sempat nak pergi honeymoon terus sangkut,” kata salah seorang pengikut laman sosial
“Hati-hati komen.. Mak-mak yang ada anak je faham. Nak nak yang bersalin czer.. Bukan mudah ya nak kempiskan perut tu,” komen salah seorang netizen
“Apa la salah tanya nad dulu..lagipun terang terangkan dia sakit haritu…drip air bagai..aku yang tak kena drip ni pun buncit kemain..,” nasihat salah seorang warga maya.
Sekadar info, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 23 Januari lalu, namun hanya menghebahkan perkahwinan mereka kepada umum seminggu selepas itu.
Pasangan itu mula rapat selepas terlibat dalam drama Cina Buta. Pada ketika itu, Nad sudah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin selepas mengesahkan perpisahan mereka sekitar September 2022.
Nad dan Faliq yang berkahwin pada 18 Disember 2015 dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.