Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Jangan Menangis Jenama Kita Ditiru” - Cubaan MyIPO Buat Punchline, Netizen Bandingkan Perbadanan Ini Dengan…

Hanafis Haris 19/01/2021 | 16:23 MYT
Sejak kes membabitkan jenama Harimau Menangis yang cuba didaftarkan ibu kepada kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, orang ramai dilihat semakin celik mengenal hal ‘trademark’ dan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO).

Malah, nama Harimau Menangis itu sendiri telah menjadi trending di media sosial.

Namun, baru-baru ini Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik satu posting berkaitan Harimau Menangis.
Menerusi posting berkenaan, terpaparnya gambar seekor harimau dengan potongan ayat yang mencuit hati.

“Peringatan jangan menangis jenama kita ditiru, daftar di MyIPO sebelum terlambat. baru steady.

“Sedarkah anda ramai usahawan yang menangis bila trademark mereka diciplak sampai ada yang gulung tikar? Janganlah berpeluk tubuh. MyIPO sedia membantu,” kata pengendali akaun tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan ‘punchline’ kreatif perbadanan berkenaan.

Malah, ada juga yang membuat perbandingan MyIPO dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang kerap memuat naik posting melucukan.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

BACA: “Belum Lulus Atau Jadi Hak Eksklusif” - Isu Harimau Menangis, MyIPO Nasihat Ibu Neelofa Supaya Tidak...

;