Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

Ainun 24/09/2024 | 18:50 MYT

Pelakon, Emma Maembong berkongsi mengenai keadaan anaknya yang mengalami alahan terhadap kucing.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Shariq Gabriel, 4 tahun, baru sahaja mengetahui bahawa dia mempunyai alahan terhadap kucing sehingga menyebabkan matanya bengkak dan kemerahan.

“Jangan risau semua saya hanya alergi kucing sahaja tapi saya masih sukakan kucing.

“Saya akan berjuang untuk masalah ini kerana saya seorang pencinta haiwan”, katanya.
Meninjau di ruangan komen, beberapa selebriti dan netizen meluahkan rasa simpati selepas melihat anak sulung Emma mengalami masalah tersebut, serta ramai yang mendoakan agar Shariq segera pulih seperti sediakala.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Oh tidak sayang!! Semoga cepat sembuh”

“Kesian dekat abang, semoga cepat sembuh”

"Kesian dia.. Mata bengkak pun tetap handsome. Kalau aku tengah alahan, muka aku jadi tak keruan”, komen dari netizen.

BERITA TRENDING: Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

BERITA TRENDING: Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"

BERITA TRENDING: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”

BERITA TRENDING: Sakit Hati, Geram, Sedih Semua Netizen Rasa Dalam Takdir Itu Milik Aku! - "Emma Maembong Boleh Menang Anugerah"

Untuk makluman, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga dengan Shazli, seorang juruterbang, dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Shariq Gabriel pada 11 November 2020.

#Emma Maembong #Kucing #Mata #Bengkak #Shariq Gabriel #Alergi #Emma
;