Laman Utama

“Jangan Risau…”- Ramai Tanya Kenapa Duit KWSP Belum Masuk, Zafrul Janji Sebelum Raya

Syafiqah Jalal
20/04/2022
05:54 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Risau…”- Ramai Tanya Kenapa Duit KWSP Belum Masuk, Zafrul Janji Sebelum Raya
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akui menerima banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum dimasukkan ke dalam akaun penerima.
Beliau menjelaskan, bukan semua permohonan pengeluaran khas KWSP dimasukkan ke akaun semua pemohon semalam, 18 April.
Sebaliknya, katanya, wang berkenaan akan dikreditkan secara berperingkat.
Tengku Zafrul berkata, KWSP sudah terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion.
"Ini satu jumlah yang sangat besar. Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar itu dalam masa yang singkat.
"Sejak saya umumkan pengeluaran khas KWSP yang akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, ramai tanya, YB dah 18 April ni, kenapa tak masuk duit dalam akaun saya lagi?
"Sejak awal lagi, KWSP sudah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat.
"Sekarang pun sudah ada yang terima makluman KWSP mengenai status permohonan mereka," jelasnya menerusi video kira-kira seminit 30 saat di Instagram, semalam.
Beliau berkata, pemohon akan menerima wang mereka pada tarikh yang berlainan, dan bukan semuanya pada 18 April.
"Ada yang dapat 20 hari bulan, ada yang 21 hari bulan dan sebagainya.
"Saya harap Keluarga Malaysia yang terbabit dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP," katanya.
Malah Tzafrul jamin wang itu akan dikreditkan selewat- lewatnya sebelum menjelang Aidilfitri.
“Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.
"KWSP sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar