Laman Utama
"Jangan Sampai Saya..." - Nama Janna Nick Dikaitkan Selepas Perkahwinan Anak, Sheila Rusli Mahu Bukti!
Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang ditulis oleh seorang individu di halaman (page) Facebook berkaitan anaknya.
Kenyataan itu mendakwa Sheila pada mulanya mahu menyatukan hubungan anaknya, Uzair Haqimy dengan Janna Nick namun tidak diterima pelakon tersebut lalu memilih Elisya Sandha sebagai menantu.
Sheila juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang. Katanya, dia mahu pihak yang mencanang fitnah untuk mengemukakan bukti atas apa yang diperkatakan.
"Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah.
"Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti, saya sanggup berdepan," tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, hasil tinjauan Gempak mendapati, pihak admin halaman Facebook itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Semoga permohonan maaf itu dapat menyelesaikan masalah antara dua pihak ini dengan baik.