Viral

"Janganlah Malu Beli K*ndom" - Sharifah Alesya

Amri Hassan
16/11/2020
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Janganlah Malu Beli K*ndom" - Sharifah Alesya
Pelakon Sharifah Alesya tampil menyatakan pandangan berhubung stereotaip masyarakat yang segan untuk membeli alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) iaitu kondom di kedai serbaneka.
Jelas Alesya, orang ramai seharusnya terbuka dan lebih peka terhadap isu yang lebih serius kesan daripada tidak mengambil peduli akan penggunaan kondom.
"Tengoklah. Adik 7-eleven tidak kisah pun kalau kamu membeli kondom. Jadi, belilah dan gunakanlah ia.
"Tiada STD! Tiada bayi! Jangan biarkan masyarakat menjadikan anda malu untuk kekal selamat dan berwaspada.
"Tolonglah jaga kesihatan. Anda tidak malu untuk membeli pelitup muka kan? Jadi, janganlah malu untuk membeli kondom," ciapnya di Twitter baru-baru ini.
Alesya mengulas mengenai sepotong video pekerja kedai serbaneka yang menggalakkan pembelian kondom hingga mencetuskan perdebatan ramai di media sosial.
Biarpun video terbabit telah dipadamkan, ciapan Alesya terus mendapat pelbagai reaksi ramai sama ada positif dan negatif.
"Ketika bekerja 7e dulu tak pernah pun pandang pelik dekat orang yang beli kondom. Tapi akan terkejut dan pelik bila lelaki tanya, ini apa dik? Chew gum baru ke? Terkapai-kapai aku nak jawab," ciap seorang pengguna.
Malah, tambah seorang gadis yang pernah bekerja di sebuah farmasi, dia akui ramai yang malu untuk membeli alat mencegah hamil dan pil perancang biarpun sudah berkahwin.
"Dulu saya pernah bekerja di farmasi, ramai benar yang malu nak beli kondom, pelincir dan pil perancang walaupun sudah berkahwin.
"Lepas korang bayar tu, kami cashier ni tak fikir apa dah. Muka korang pun kami tak ingat macam mana tau!" katanya.
Tambah seorang pengguna lain, dia perhatikan golongan wanita lebih ramai yang cakna untuk membeli alat mencegah hamil.
"Teringat tahun lepas, ada junior ketika sekolah beli kondom ya, aku pula yang jaga kaunter pembayaran. Muka bukan main menggelabah.
"Aku pun macam buat tak kenal je. Tapi apa aku perhati, kenapa perempua eh yang selalu beli? Jarang nampak lelaki beli," soalnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar