Janji Aeril Zafrel Kepada Wawa Zainal, Anak Sebagai Penguat Rumah Tangga - “Kalau Kami Berpisah Apa Yang Akan…”
Menganggap kehadiran ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga bergantung kepada individu, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun berjanji akan tetap setia bersama isteri tercinta iaitu Wawa Zainal.
Mohon doa untuk kebahagian mereka berdua, Aeril berkata dia juga meletakkan anak-anak sebagai kekuatan dalam rumah tangga.
“Soal orang ketiga ini, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara ini takkan berlaku kalau bertepuk sebelah tangan.
“Bagi saya pula, saya akan selamanya setia bersama Wawa. InsyaAllah, hanya ajal yang dapat memisahkan kami. Itu yang saya harapkan. Saya mohon juga para peminat doakan kesejahteraan keluarga kami.
“Anak-anak saya masih kecil. Saya selalu terfikir, kalau kami berpisah apa yang akan terjadi kepada mereka. Macam mana mereka akan membesar? Mereka pasti akan terkesan,” katanya kepada Gempak.
Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.