Hiburan

“Janji Awak Sihat Sempurna Dalam Perut Mummy Tau” – Chot Syukur Dapat Pengganti Anak Syurga

Mya Amri
22/03/2019
04:26 MYT
Sponsor Banner
“Janji Awak Sihat Sempurna Dalam Perut Mummy Tau” – Chot Syukur Dapat Pengganti Anak Syurga
Pelawak, Chot XOXO bersyukur dikurniakan seorang lagi zuriat sebagai pengganti kepada anak syurganya, Muhd Sher Harraz yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.
Berita gembira itu dikongsi oleh Chot dan isterinya, Siti Zafirul Azzah menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Assalamualaikum... Hi aunty uncle dan makcik bawang semua. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, satu anugerah yang paling berharga buat saya & husband…
“Kau beri pengganti pada ku untuk melepaskan kerinduan pada anak syurga kami #muhammadsherharraz Al-Fatihah.
“Allahuakbar, saja saya nak share berita paling gembira ni… Only families dan closest friend je tau di awal-awal pregnancy ni sebab saya risau sangat benda baru lagi.
“Bukan sebab apa rahsiakan, sebab risau macam-macam boleh berlaku kan. Sampailah mummy dah ready untuk share which is now I’m.
“Dan die dah terajang-terajang perut mummy. Stretch your muscle selalu pun takpe okay. Mummy & daddy happy bila tengok awak healthy and active inside there as what doctor said.
“Alhamdulillah... sihat dia, siap tunjuk good lagi kat mummy daddy ye. Takpe sayang janji awak sihat sempurna dalam perut mummy tau.
“Opsss kalau nak tahu boy or girl kena la tunggu... Surprise. Aunty uncle dan makcik bawang semua doakan adik Sherharraz ni and mummy & daddy kuat, sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang pregnancy ni ye.
“Doa yang baik-baik dan saya doakan juga pada yang belum ade rezeki lagi. Semoga awak semua juga diberikan kurniaan zuriat-zuriat yang soleh solehah tahun ni dan di permudahkan segala urusan. Amin.
“Al-Fatihah untuk anak syurga saya MUHAMMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER 13/6/2018-8/10/2018 ...” tulisnya.
Assalamualaikum.. hii aunty uncle dan makcik bawang semua? Alhamdulillah syukur padamu ya allah , satu anugerah yang paling berharga buat saya & husband.. kau beri pengganti pada ku untuk melepaskan kerinduan pada anak syurga kami #muhammadsherharraz alfatihah?? allahuakbar? saje saya nak share berita paling gembira ni.. Only families n closest friend je tau di awal2 pregnancy ni sebab saya risau sangat benda baru lagi... bukan sbb apa rahsiakan, sebab risau macam2 boleh berlaku kan.. sampai lah mmy dah ready untuk share which is now im .. Dan die dah terajang2 perut mmy ... ☺?? stretch ur muscle selalu pun takpe okay.. Mmy & dd happy bila tgk awak healthy and active inside there as what doctor said. Alhamdulillah.. sihat die, siap tunjuk good lagi kat mmy dd ye?☺❤❤. takpe sayang janji awak sihat sempurna dalam perot mmy tau? opsss kalau nak tahu boy or girl kene la tunggu...suprise?..Aunty uncle dan makcik bawang semua doakan adik sherharraz ni n mmy & dd kuat, sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang pregnancy ni ye... doa yang baik-baik.. dan saya doakan juge pada yang belum ade rezeki lagi .. semoga awak semua juga diberikan kurniaan zuriat2 yang soleh solehah tahun ni dan di permudahkan segala urusan .. aminn❤ alfatihah untuk anak syurga saya MUHAMMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER 13/6/2018-8/10/2018 ... #keluargakecilkami #setiapkatakataitudoa #doayangbaikbaik #terimakasihyangmendoakankami #sayataklayanorangnegatif #makcikbawangadadimanamana #jagejage #alfatihahmuhammadsherharraz #adiksherharraz #comingsoon #babycj
A post shared by chot chot and dale (@chotxoxo) on
Dalam pada itu menerusi rungan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
Terdahulu, anak sulung pasangan itu meninggal dunia kerana mengalami masalah injap jantung terbalik.
Foto: Instagram @chotxoxo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar