Laman Utama

Janna Nick Minta Kongsi Waktu Sesuai Buat ‘Hot Yoga’ Di Bulan Ramadan - “Nak Buat Lepas Berbuka Takut…”

Asyikin Mayudin
28/03/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Janna Nick Minta Kongsi Waktu Sesuai Buat ‘Hot Yoga’ Di Bulan Ramadan - “Nak Buat Lepas Berbuka Takut…”
Selain bersenam di pusat kecergasan atau gimnasium, selebriti terkenal Janna Nick turut aktif melakukan senaman hot yoga di bulan Ramadan.
Janna menerusi laman Instagram bagaimanapun tengah mencari waktu yang sesuai untuk senaman itu yang dianggap agak sukar dilakukan ketika berpuasa.
“Bila masuk Ramadan ni, I macam tak tahu bila waktu yang paling sesuai nak buat hot yoga ni. Sebab dia panas, dalam sauna room dan agak intense.
“Nak buat petang takut pengsan… nak buat lepas berbuka takut kenyang sangat dan nak pergi tarawih. Waktu tidur pun dah tak sama macam sebelum ni.
“Sebab pukul 5.30 pagi dah bangun sahur dan terus pergi shooting. Jadi, malam memang malas. Kelas pun sampai 9 malam saja paling lewat,” kata Janna.
Menurut Janna lagi, dia tetap mahu sentiasa aktif bersukan kerana bimbang akan berasa lebih malas untuk kembali melakukan aktiviti sihat jika berhenti.
“Jadi, I macam dah lost momentum dah. Petang ni kena pergi gym juga. Kalau tidak nanti lagi susah nak kena mula balik. Korang exercise macam mana Ramadan ni?” tanya Janna.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman melakukan senaman sepanjang Ramadan malah selebriti Diana Danielle turut memberi tips.
“Take it slow kot babe, don’t do hot yoga yet maybe light Pilates and normal yoga? As long as we maintain the momentum,” komen Diana Danielle.
.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar