Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Jantung Laju, Kaki Longlai, Air Mata… Rasa Kerdil” - Bella Astillah Kongsi Pertama Kali Lihat Kaabah

Mya Amri 16/02/2022 | 07:12 MYT
Pelakon, Bella Astillah melahirkan rasa syukur dapat menyempurnakan ibadah umrah bersama suami dan kedua ibu bapanya di Tanah Suci Makkah.

Berkongsi pengalaman pertama kali mengerjakan umrah, perasaannya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Bella, jantungnya berdegup laju dan air matanya juga mengalir sebaik sahaja melihat Kaabah buat pertama kali.

“Syukur… Alhamdulillah selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam. Ya Allah Ya Tuhan ku, terima kasih kerana sudi menerima kami, hamba Mu yang hina dan kotor ini sebagai tetamu di rumah Mu, Makkah Al Mukarramah.

“Sejurus melihat Kaabah, jantung berdegup laju, kaki rasa longlai, air mata tak tertahan merasa diri terlalu kerdil dan tidak layak berada di rumah Mu Ya Allah.

“Tak sangka dapat bersama-sama suami dan kedua orang tua saya untuk berada di depan Kaabah. Itulah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.

“Semoga ini bukan kali yang terakhir. Semoga Kau terima segala amal ibadah kami dan Kau makbulkan lah doa-doa kami Ya Allah,” coretnya.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Selain itu, Bella juga turut memaklumkan telah menyampaikan doa yang dikirimkan oleh peminatnya.

Bagaimanapun Bella menegaskan tidak sempat untuk mengambil sebarang video kerana kekangan masa selain mahu memberikan fokus terhadap amal ibadah.

#Bella Astillah #Kaabah #Umrah #Makkah #Tanah suci
;