Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jarang Kongsi Hal Peribadi, Kekasih Anak Tak Tahu Rossa Ibu Rizky Langit Ramadhan

Maliah Surip 14/06/2023 | 01:51 MYT
Nama Rossa memang harum sebagai seorang penghibur namun demi privasi dan menjaga keamanan hidup, figura ini memilih untuk kurang berkongsi hal peribadi kepada umum.
Ini termasuklah bagaimana penyanyi lagu Lupakan Cinta ini jarang berkongsi aktiviti atau kebersamaannya dengan anak tunggal hasil perkahwinan lama bersama pemain drum kumpulan Padi, Yoyo.
Ramai yang tidak sedar, anak lelaki yang diberi nama Rizky Langit Ramadhan itu sudah bujang dan berusia 16 tahun. Rizky menjalani kehidupan dengan tenang dan jauh daripada dunia popular serta glamor yang dijalani kedua orang tuanya.
“Rizky tidak peduli saya. Ya, tak peduli saya rasa perkataan yang paling tepat,” katanya sambil ketawa selepas ditanya adakah Rizky sering mengikut beliau bekerja.
Malah saat diusik Gempak adakah Rizky memiliki teman wanita, Rossa yang akan mengadakan siri konsert Dream Festival Collaboration Vol. 3 - Rossa: Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai depan, tanpa berselindung memberitahu ‘ada’.
“Tapi yang lucunya kekasih dia juga baru tahu ‘Rossa ibu kamu’? Begitu dia (Rizky) tidak peduli sama saya,” katanya sambil melepas tawa besar.
Lantas saat ditanya bagaimana beliau yang merupakan Diva Indonesia mampu menjaga privasi diri, kata Rossa meski memiliki media sosial beliau mengasingkan hal peribadi dan kerjayanya.
“Saya memang jarang berkongsi hal peribadi di media sosial kerana mahu khalayak fokus terhadap kerja atau karya saya.
“Jujurnya juga saya jika tidak bekerja, saya jarang bersolek. Saya ke mall tanpa bodyguard atau perlukan protokol. Saya biasa sahaja,” katanya lagi.
Dan saat ditanya media sosial kini menjadi medan provokasi dan kontroversi bagi selebriti, Rossa menjawab ringkas.
“Itulah harga yang harus dibayar oleh seorang public figure. Semua ingin tahu tentang kita, sebab itu saya jadi orang yang jarang berkongsi hal peribadi di media sosial,” jelasnya.
#Anak #Indonesia #Rossa #Kekasih #Rizky Langit Ramadhan
;