Hiburan

Jatuh Pentas Di Ketinggian 2.5 Meter, Red Velvet Wendy Patah Tulang Pinggul Dan Pergelangan Tangan

Mya Amri
27/12/2019
08:42 MYT
Sponsor Banner
Jatuh Pentas Di Ketinggian 2.5 Meter, Red Velvet Wendy Patah Tulang Pinggul Dan Pergelangan Tangan
Anggota kumpulan Red Velvet, Wendy mengalami kecederaan teruk selepas terlibat kemalangan semasa menjalani sesi latihan untuk konsert SBS Gayo Daejeon 2019 baru-baru ini.
Selepas menjalani pemeriksaan, Wendy dilaporkan mengelami kecederaan pada wajah, bahagian tulang pipi, patah tulang pinggul dan juga pergelangan tangan kanan.
Menurut saksi kejadian, Wendy terjatuh sewaktu pada ketinggian 2.5 meter.
“Sewaktu sesi latihan pertama pada jam 11 pagi, segalanya berjalan dengan lancar. Namun kemalangan tersebut berlaku ketika sesi latihan seterusnya.
“Wendy yang berada pada tingkat dua pentas sedang bersedia untuk berjalan ke bawah dengan menggunaan tangga yang disediakan.
“Namun lift yang disediakan tidak bergerak dan pada saat itu juga dia telah hilang keseimbangan dan jatuh di ketinggian 2.5 meter tanpa sebarang alat keselamatan,” ujarnya.
“Keadaan pada waktu itu juga sangat gelap dan lift tangga itu juga tidak berfungsi sewaktu Wendy sedang menjalani latihannya.
“Kejadian seperti itu sepatutnya boleh dielakkan dengan meletakkan ‘marking tape’ pada lokasi berkenaan sebagai tanda.
“Keadaan bertukar cemas dan Wendy kemudiannya terus dikejarkan ke hospital dan masuk bilik kecemasan,” jelasnya.
Dalam pada itu, pihak SBS juga telah tampil membuat permohonan maaf terhadap insiden yang berlaku kepada Wendy.
Sumber: Soompi, Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar