Hiburan

Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari

Maliah Surip
11/02/2025
00:47 MYT
Sponsor Banner
Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari
Kisah asmara aktor Indonesia, Jefri Nichol dengan adik Neelofa, Ameera Khan bukan lagi rahsia.

BERITA TRENDING: Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Babak Panas Lakonan Jefri Nichol - “Saya Okay Sahaja”

BERITA TRENDING: Ameera Khan Kongsi Detik Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Selalu Minta Ibu Doa Fasal Jodoh - “Doa Ibu Tiada Hijab…”

BERITA TRENDING: Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”

Keduanya pun sudah lebih terbuka dengan hubungan cinta mereka sejak penghujung tahun 2024. Jefri dan Ameera pun kerap mempamerkan kemesraan mereka menerusi perkongsiaan di Instagram masing-masing.
Terkini, seperti makin mengesahkan dirinya dilamun cinta terhadap Ameera, bintang filem Ali Topan itu telah mencacah tatu dipercayai merupakan akronim nama model dan pempengaruh muda itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Jefri mempamerkan tatu huruf AK berwarna merah pada jari manis tangannya.
Meski tidak menulis sebarang penjelasan, peminat tahu AK adalah akronim kepada nama Ameera Khan.
Jefri, 26, diketahui sebagai aktor yang banyak melakonkan babak sensasi malah ada pengakuannya termasuk sudah meniduri ramai wanita menjadi sorotan. Namun Ameera, 24, bersikap terbuka dengan kerjaya kekasihnya itu.

BERITA TRENDING: Mesra Berpelukan Dengan Peminat, Netizen Dedah Sifat Keperibadian Jefri Nichol - “Dia Memang Begitu Kalau…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024