Hiburan
Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”
Pelakon Indonesia yang kini didakwa sedang hangat bercinta dengan pempengaruh Ameera Khan menganggap pendidikan seks perlu diperkenalkan kepada para pelajar sejak peringkat awal persekolahan lagi.
Buka minda masyarakat
Memetik laporan Suara.Com, Jefri berasa yakin usaha itu dapat membuka minda masyarakat selain mencegah penularan skes bebas serta penyebaran penyakit kelamin dalam kalangan penduduk di Indonesia.
“Bagi saya, pendidikan seks seharusnya dimulakan sejak usia muda kerana kanak-kanak kini sudah lebih faham tentang seks. Bahkan ada yang berani mencuba tanpa menyedari bahayanya.
“Kebanyakan mereka juga terpengaruh dengan rakan sebaya dan apa yang mereka lihat,” katanya.
Alat pencegahan kehamilan
Tambah Jefri, pendidikan seks bukan satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat memandangkan pengenalan kepada alat pencegahan kehamilan amat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin.
“Walaupun seks adalah perkara peribadi, ia tetap akan berlaku, jadi pendedahan yang sewajarnya harus diberikan.
“Jangan takut atau malu untuk membeli alat pencegahan kehamilan kerana ini melibatkan kesihatan diri sendiri,” ujarnya lagi.