Laman Utama
Jenama Kosmetik Revlon Umum Muflis, ‘Kalah Teruk’ Dengan Produk Selebriti
Bagi wanita yang lahir sekitar zaman 80-an, salah satu jenama kosmetik popular Revlon memang sangat dekat di hati.
Selain terkenal dengan pelbagai warna lipstik, jenama yang sudah berdekad di pasaran ini juga sangat popular menerusi rangkaian warna kuku.
Namun, jenama yang pertama kali diperkenalkan oleh pasangan adik beradik Charles dan Joseph Revson pada tahun 1932 terpaksa mengisytiharkan Revlon muflis.
Jenama tersebut mengisytiharkan muflis selepas mengalami persaingan yang cukup sengit daripada kelahiran banyaknya produk yang diasaskan oleh selebriti selain hutang yang bertimbun.
Menurut laporan CNN, jenama tersebut sudah lama ‘dilupakan’ malah kehilangan ruang pameran di rak yang didominasi produk para selebriti.
Antara produk selebriti yang membuatkan jenama kosmetik seperti Revlon tidak lagi menjadi pilihan ramai adalah dari Kylie Jenner iaitu Kylie Cosmetics dan Rihanna dengan Fenty Beauty.
Selain itu, pihak Revlon juga mengaku berhadapan masalah pengstrukturan memenuhi permintaan selepas pandemik COVID 19 melanda dunia yang menyebabkan kesukaran mereka untuk kembali bangkit bersaing.
Jenama yang pernah dibeli oleh Elizabeth Arden ini pernah memasarkan produk wangian popular termasuk dari Britney Spears dan Christina Aguilera.