Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Jennifer Lopez Bertunang, Tapi Tak Nak Kahwini Kekasihnya, Alex Rodriguez

Maliah Surip 23/12/2020 | 14:20 MYT
Pesohor Hollywood, Jennifer Lopez mengakui tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Alex Rodriguez, walaupun mereka telah bertunang.
Menurut laporan CNN, Lopez yang menjadi tetamu dalam acara Radio Andy di SiriusXM, beliau dan Rodriguez sudah bersepakat untuk tidak berkahwin walaupun kini merupakan pasangan tunangan.
Beliau mengatakan, pasangan Goldie Hawn dan Kurt Russell menjadi idola mereka. Diketahui pasangan ini sudah bersama lebih 30 tahun namun tidak pernah berkahwin.
"Kami membicarakan hal ini (perkahwinan). Tapi kami sama sama pernah berkahwin sebelum ini.
"Jadi kami berfikir perlukah kita berkahwin? Atau tak perlu? Apa makna perkahwinan buat kami?," kata Lopez.
Penyanyi dan aktres itu juga menambah mereka tidak terdesak untuk berkahwin atau mengakhiri hubungan mereka dengan sesuatu yang bersifat personal.
"Apabila bercakap tentang perkahwinan atau hal peribadi, kami tidak pernah terkejar kejar," tambahnya lagi.
Mengikut rencana awal, keduanya mahu berkahwin di Itali pada awal tahun 2020. Namun hasrat itu tergendala kerana pandemik Covid 19.
Kini selepas mereka membatalkan perancangan berkahwin, Lopez pun menukar fikirannya.
"Adalah hal yang sangat menyedihkan apabila kami terpaksa membatalkan perkahwinan yang direncana pada Jun lalu.
"Tapi apabila difikirkan semula, dan melihat kepada pasangan Goldie dan Kurt, ia membuat kami berfikir semula. Adakah perlu kami melakukannya (kahwin).
"Kami percaya pada akhirnya kalau terjadi, nanti akan terjadi juga," katanya.
Pasangan ini tinggal bersama dengan anak kembar Lopez berusia 12 tahun dan anak perempuan Rodriguez iaitu Natasha, 16, dan Ella, 12.
Kredit Foto: Getty Images
#Kahwin #Jennifer Lopez #Tunang #Alex Rodriguez #Goldie Hawn #Kurt #Russell
;