Hollywood

Jessica Alba Hamil Anak Ketiga, Mengidam Makanan Jepun

Mya Amri
27/10/2017
12:00 MYT
Sponsor Banner
Jessica Alba Hamil Anak Ketiga, Mengidam Makanan Jepun
Pelakon terkenal Hollywood, Jessica Alba akui mengidam makanan Jepun sejak hamil anak ketiga.
Jessica mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu untuk program popular, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada Rabu.
Kata Jessica, selain makanan Jepun, dia juga lebih gemar makan makanan manis seperti pencuci mulut.
“Sebenarnya saya tak rasa saya mengidam apa-apa sehinggalah saya makan makanan Jepun.
“Selepas itu baru saya perasan rupanya saya kerap makan makanan Jepun.
“Saya juga sukakan makanan manis tapi saya tidak mahu berat badan naik jadi saya hanya bermimpi seolah-olah makan pencuci mulut itu,” katanya.
Dalam pada itu, Jessica juga turut mendedahkan jantina anaknya secara ekslusif menerusi program tersebut.
“Saya belum mendedahkan jantina anak sebelum ini dan ya, anak ketiga saya adalah lelaki,” ujarnya sambil ringkas.
Jessica dan Warren telah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Honor Marie, 9 dan Haven Garner, 6.
Foto/Sumber: Just Jared
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar