Hiburan

Jihan Muse Ajak Orang Ramai Hulur Sumbangan Bangunkan Masjid Pertama Di Kyoto, Jepun

Asraf Aided
17/06/2020
09:03 MYT
Sponsor Banner
Jihan Muse Ajak Orang Ramai Hulur Sumbangan Bangunkan Masjid Pertama Di Kyoto, Jepun
Hos dan pelawak Jihan Muse berkongsi mengenai hal pembinaan masjid pertama di Kyoto, Jepun yang masih memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk melunaskan deposit.
Menurut Jihan, kos keseluruhan pembelian bangunan Masjid Kyoto adalah sebanyak RM3.05 juta atau 76.7 juta Yen.
"Kyoto akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.
"Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta, Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200 atau 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komnuniti Jepun.
"Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut," tulis Jihan di Instagram.
Tambah Jihan, deposit berkenaan akan hilang sekiranya baki dana gagal diselesaikan.
"Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM2.73 juta atau 68.5 juta Yen gagal diselesaikan.
"Akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta Yen (RM214,200) deposit, keseluruhan baki perlu dijelaskan sebelum 25 Jun 2020," tambahnya lagi.
Di penghujung perkongsian itu, Jihan turut menyediakan butiran individu bertanggunjawab mengendalikan proses derma dari orang ramai.
Turut disertakan adalah nombor akaun sah untuk para pengikutnya menyalurkan wang sumbangan.
??TEGAKKAN SYIAR ISLAM DI JEPUN dengan SELAMATKAN MASJID KYOTO?? Masjid Quba adalah Masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW yang menjadi lokasi pertama disampaikan khutbah serta didirikan solat Jumaat yang disyariatkan. Kyoto juga akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah Masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit. Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta @ 76.7 juta yen. Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,[email protected] juta Yen yang telah dijana oleh komuniti di Jepun. Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM 2.73 juta @ 68.5 juta yen gagal diselesaikan, akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta yen (RM214,200) deposit. Keselurahan baki perlu dijelaskan sebelum 25.6.2020. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: *إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ* Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Riwayat Muslim Jom kita rebut peluang dengan mengekalkan amal kita sebagai saham akhirat yang manfaatnya sehingga kiamat. Sumbangan saham akhirat anda boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Society Maybank 564490211159 Bank Islam 14032010093666 Info lanjut dan makluman infaq : 1. Muzammir (+8180-3585-8516) 2. Safuan +60134886447 3. Johari 0169978323 #MuslimCareMalaysia #BantuanKemanusiaanMerentasiSempadan
A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar