Viral
Jijik! Beli Air Keladi Tepi Jalan, Pakej Bangkai Cicak! - “Ingatkan Cincau, Rupanya…”
Seorang individu meluahkan rasa terkejut dan jijik apabila air keladi yang dibeli di sebuah gerai di Klang, Selangor mengandungi bangkai seekor cicak.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, individu terbabit hanya menyedari tentang bangkai yang berada dalam bungkusan air itu ketika mahu menuang minuman tersebut ke dalam jag.
“Waktu ni beli air balang tepi jalan area Klang, sebab teringin sangat air keladi, dah siap tuang dua jug, ada lebihan sikit dalam plastik.
“Saya tergerak hati nak tuang semua dalam cawan, sekali ingat cincau nak gelongsor dalam cawan, rupanya cicak yang dah hampir reput. Kecoh satu dapur saya menjerit, gelinya,” kongsi individu terbabit.
Mujur tak sempat minum
Bagaimanapun, individu itu meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga tidak sempat menikmati hidangan air tersebut.
“Tak boleh nak bayang tau tak, cuma bersyukur sebab tak sempat minum.
“Kalau ada bangkai cicak pun satu blik dah bau, ini kan pula dalam balang air kan, kesiannya orang yang tak tahu tu,” maklumnya.
@azie_anjeeee Time nie beli air balang tepi jln area klang… sbb tringin sgt air keladi..dah siap tuang 2jug , ada balance sket lg dlm plastik …sy tergerak hati nk tuang smua dlm cawan ..skali ingat cincau nk gelonsor dlm cawan ..rupanya cicak yg dah hampir reput ??????…kecoh satu dapur sy menjerit ..geli giler ?♬ оригинальный звук - Aizh
BERITA TRENDING: Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Selain gerai tepi jalan, sebelum ini juga banyak kes berlaku di bazar ramadan yang berkaitan dengan makanan rosak dan juga isu peniaga tidak jujur.
Must-Watch Video