Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jijik! Demi Hiburan Terlarang, Ada Yang Sanggup Guna Dadah Najis Lembu?

Hanafis Haris 06/04/2021 | 07:40 MYT

Siapa sangka, cendawan yang tumbuh daripada najis lembu mampu dijadikan untuk tujuan hiburan terlarang.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik tersebut.

Menerusi laporan Bernama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, dadah jenis itu kebanyakan dalam bentuk cecair.

Jelasnya, ia kemudian sering digunakan dengan dicampurkan ke dalam minuman sewaktu penganjuran parti liar dan di pusat hiburan.

"Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses.

“Dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.

"Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam semalam.

Zainudin berkata, walaupun penggunaan dadah masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

“Permintaan terhadap dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi,” katanya.

#Dadah #Najis #Lembu #Cendawan #Najislembu
;