Laman Utama
Jijik! Wanita Ini Suap Nasi Padang Guna Kukunya Yang Panjang, Netizen: “Auto Hilang Selera Makan”
Pelbagai cara dilakukan oleh kebanyakan orang untuk mendapatkan perhatian, khususnya di pengguna-pengguna media sosial.
Terbaharu, seorang wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia berkongsi rakaman video yang menampilkan dirinya makan dengan menggunakan kukunya yang tersangat panjang.
Menerusi video berdurasi sekitar dua minit itu, pengguna TikTok berkenaan dilihat perlahan-lahan mengaduk nasi padang yang dibelinya dengan menggunakan kukunya yang panjang.
Sungguhpun kelihatan sukar, tapi pemilik video berkenaan tetap bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kuku yang panjang tidak menghalang dirinya untuk menyuap nasi seperti individu normal lain.
Begitupun, aksi berkenaan tidak menerima maklum balas yang baik dalam kalangan pengguna TikTok.
Selain kelihatan terlalu mencuba, perbuatan pemilik video tersebut dianggap sebagai tidak bersih, memandangkan kuku sering disebut sebagai salah satu bahagian badan yang kotor.
“Kuman yang paling banyak di kuku tau… Maaf jangan marah just sharing,” ungkap seorang pengguna TikTok.
“Yang mana tengah puasa, tahan lapar dahaga tu, elok lah tengok video ni, auto hilang selera makan,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
“Tuhan sudah memudahkan segala urusan kita tetapi kadang diri kita sendiri yang mempersulitnya,” tulis seorang netizen pula.