Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jika Ayah Kahwin Semula, Adakah Ibu Berduka Di Dalam Kubur? Ini Jawapan Buya Yahya

Izwan Isa 11/08/2023 | 14:50 MYT

Kita kerap mendengar berita mengenai pasangan suami isteri yang ‘cerai mati’ yakni berpisah di dunia nyata kerana salah seorang telah meninggal dunia.

Dan kita juga sering melihat pasangan yang tinggal masih meneruskan kehidupan dan kadangkala mengambil keputusan untuk berkahwin lagi.
Namun, adakah berita perkahwinan pasangan yang masih hidup memberi kesan kepada mereka yang telah mati?
Seorang peserta pengajian Al Bahjah bertanya kepada KH Yahya Zainul Ma'arif atau Buya Yahya. Adakah seorang ibu akan sedih di kuburnya jika ayah berkahwin lagi?
Menjawab persoalan itu, Buya Yahya menjelaskan bahawa alam rahim, alam nyata, dan alam barzakh adalah berbeza. Peraturan di setiap alam ini juga tidak sama.
“Jadi, jangan bandingkan. Jika alam selepas alam ini, cara melihatnya bukan dengan pancaindera ini, tetapi hakikatnya amal,” kata Buya Yahya yang dipetik dari siaran YouTube TV Al Bahjah baru-baru ini.
Disebabkan perbezaan sifat, apabila seorang isteri meninggal dunia dan melihat suaminya berkahwin semula, rasa cemburu tidak timbul. Namun, apa yang dirasakan oleh seorang isteri ialah kebaikan perkahwinan suaminya.
“Kadang-kadang seorang anak berasa kasihan kepada ibu. Apabila ibunya baru meninggal, ayah berkahwin semula, kasihan ibu. Tidak begitu, kerana alamnya sudah berbeza. Malah (isteri) sedih apabila melihat suaminya berzina, melakukan maksiat,” kata Buya Yahya.
Dalam pada itu, beliau berpesan, kepada anak-anak supaya tidak melarang ibu atau bapa berkahwin lain jika pasangan mereka sudah meninggal dunia.
“Termasuk kemungkaran anak yang melarang ayahnya berkahwin lagi sedangkan dia ada tujuan. Sama seperti kemungkaran seorang anak jika dia melarang ibunya berkahwin lagi sedangkan ibunya berniat. Kerana, hasrat untuk pasangan itu adalah hasrat yang sangat istimewa yang tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa kecuali dengan perkahwinan.
“Jadi, tak perlu ragu kalau ayah kamu kahwin lagi. Ibu telah meninggal dunia. Bahagia untuk seorang isteri (jika suami berkahwin lagi),” pesanya.
Buya Yahya turut menambah, suami yang berkahwin semula selepas isterinya meninggal dunia akan membawa kebaikan kepada isterinya, begitu juga sebaliknya. Kahwin semula adalah lebih baik daripada akhirnya berzina.

#cerai #Meninggal Dunia
;