Berita
“Jika Nak Bagi, Tunggu Umur Bayi…”- Suami Ummi Nazeera Terangkan Kebaikan & Risiko Puting
Syafiqah Jalal
04/07/2019
|
10:47 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari mendedahkan penggunaan puting pada bayi mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Menurut Dr. Izzar, penggunaan puting yang salah pada bayi boleh mengancam keselamatan dan nyawa bayi
Justeru, Dr. Izzar berkongsi tips penggunaan puting yang betul kepada bayi.
“TUNGGU SEHINGGA BABY DAPAT MENYUSU BADAN DAHULU. Sebaiknya mula menggunakan pacifier pada umur bayi 3-4 minggu, tu pun kena pastikan baby dah menyusu badan elok dah. Janganlah baby dah deliver terus bagi pacifier. Kang dia dah sangkut suka pacifier tu, terus taknak menyusu badan. Mana dia nak dapat sumber nutrien kan?
"JANGAN GUNA PACIFIER SEBAGAI LANGKAH PERTAMA. Kalau baby merengek tu boleh cuba tukar posisi baby dulu ke, atau dukung dan hayun slow-slow pun okay. Kena cuba mana-mana kaedah yang sesuai dengan baby kita. Dan bagi pacifier pun HANYA SELEPAS DAH MAKAN
"GUNA PACIFIER JENIS ONE-PIECE SILIKON & DISHWASHER SAFE. Ada pacifier yang two piece juga. Jenis two piece ni kalau dia koyak atau putus boleh menyebabkan baby tercekik kalau dia tertelan cebisan yang dah putus tu
"BIAR BABY MINTA DULU. Bagi baby pacifier hanya bila dia minta sahaja. Kalau masa tidur pacifier tu terkeluar dari mulut, jangan letak balik. Biar dia biasakan diri tanpa pacifier
"JAGA KEBERSIHAN. Sebelum baby umur 6 bulan (sistem imun tak kuat), basuhla pacifier tu dengan air mendidih. Lepas dah umur 6 bulan, basuh dengan sabun dan air paip je
"JANGAN SUGARCOAT PACIFIER. Jangan gatal-gatal nak letak manisan kat pacifier supaya anak senang nak hisap pastu korang sambung main Instagram kat phone. Aku lepuk kang.
"PASTIKAN IA SELAMAT DIGUNAKAN.Guna pacifier yang sesuai mengikut umur baby dan selalulah check pacifier mana tahu dah nak terkoyak. Jangan beli pacifier bersama tali sekali tu. Kang terbelit leher anak masa kita tak sedar.
"KESIMPULANNYA. Pacifier ni memberi kebaikan dalam 6 bulan pertama kehidupan baby anda. Namun risiko (swipe kiri) akan mula melebihi kebaikan pada umur 6 bulan keatas. Walaupun susah, kita sebagai ibu bapa kena pastikan anak-anak berhenti menghisap puting bila dah sampai waktunya,” tulisnya.
Dr. Izzar berkongsi tips itu di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ibu bapa terutama yang masih mempunyai anak kecil.
Ia telah memberi kesedaran kepada mereka tentang penggunaan putting terhadap bayi mereka selama ini.
Izzar mendirikan rumah tangga dengan Ummi pada 23 Julai 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa yang berusia 10 bulan.