Laman Utama

“Jika Syaikhul & Sumayyah Boleh Beri Keterangan, Dia Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Tinggalkan Mama” - Puteri Sarah

Mya Amri
06/01/2023
13:00 MYT
Sponsor Banner
“Jika Syaikhul & Sumayyah Boleh Beri Keterangan, Dia Akan Kata Ayah Banyak Kali Keluar Tinggalkan Mama” - Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab dakwaan suaminya, Syamsul Yusof tentang membawa keluar anak tanpa mendapat keizinan daripadanya.
Sarah menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya sebentar tadi sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang perkara sebenar yang berlaku.
“Jika Syaikhul dan Sumayyah boleh beri keterangan di mahkamah, merek akan kata ‘ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan kami. Di mana ayah, selalu tak ada kat rumah?
“@syamsulyusoffilm jangan libatkan kebodohan awak kepada saya. Jangan menggunakan nama Allah untuk membuatkan anda kelihatan baik di mata manusia,” tulisnya.
Terdahulu, Syamsul mengejutkan satu Malaysia dengan pengakuan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapa Ira iaitu pelakon vateran, Kazar.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Pengakuan Syamsul itu dikongsi sendiri oleh pengarah itu menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Jumaat.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar.
Pelbagai spekulasi bertebaran termasuk dakwaan Syamsul dan Ira Kazar sebenarnya telah mendirikan rumah tangga sebelum ini.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar