Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Jika Tertelan, Jangan Paksa Muntahkan” - Pokok Keladi Dalam Rumah Bahaya Untuk Kanak-Kanak?

Hanafis Haris 17/07/2020 | 07:25 MYT

Sejak kebelakangan ini aktiviti menghias ruang rumah dengan pelbagai tanaman pokok semakin menjadi kegilaan ramai.

Antara pokok yang menjadi pilihan ramai adalah pokok keladi.
Namun, baru-baru ini laman Facebook Public Health Malaysia telah memberi amaran mengenai bahaya tanaman keladi khususnya kepada kanak-kanak.
Menerusi satu posting, laman berkenaan menjelaskan tumbuhan tersebut sebenarnya mempunyai kandungan berbahaya.
"Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan sangat penting untuk memastikan anak anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan ini.
"Tumbuhan yang sangat mudah dijaga ini sebenarnya mengandungi Kalsium Oxalate.
"Bahan ini jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam.
"Sebab itu apabila disentuh atau dimakan, individu akan mengalami gejala seperti dicucuk sesuatu," kata pengendali akaun berkenaan.
Dalam pada itu, laman berkenaan turut menjelaskan langkah kecemasan jika alami keracunan akibat pokok keladi.
"Jika tertelan, jangan paksa muntahkan. Jika terkena kulit, basuh segera dengan air (jangan letak minyak atau ubat gigi)
"Jika terkena mata, basuh mata dengan air selama 15 minit. Bawa pokok bersama ke jabatan kecemasan," katanya.
Anda boleh lihat posting penuh di bawah.

Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan SANGAT penting untuk memastikan anak anak di didik...

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, July 16, 2020
#Viral #Viral #Indoor Plant #Keladi
;