Hiburan

“Jika Tiada Zuriat Saya Izinkan, Cuma…” - Siti Elizad Reda Kalau Suami Mahu Kahwin Lain Sebab Anak

Ainun
15/12/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Jika Tiada Zuriat Saya Izinkan, Cuma…” - Siti Elizad Reda Kalau Suami Mahu Kahwin Lain Sebab Anak
Pelakon, Siti Elizad mengakui tiada wanita di dunia ini yang mahu hidup berpoligami.
Bagaimanapun, menyedari dirinya masih memiliki kekurangan, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, reda jika suaminya mahu berkahwin lain atas alasan zuriat.
“Secara jujurnya tiada wanita yang mahu berpoligami. Macam saya, saya sedar diri dan sedar ruang, saya tak sempurna.

“Banyak kekurangan. Masuk 10 tahun perkahwinan, saya kekurangan di bahagian itu,” katanya

Kata Elizad lagi, walaupun sukar untuk diterima namun dia akan mengalah dan tidak mampu menolak keputusan tersebut kerana rezeki untuk dirinya memiliki anak belum tiba pada waktunya.
“Jadi, saya selalu berbincang dengan suami, jika tiada zuriat, saya izinkan.

“Cumanya agak terguris hati bila cakap tentang zuriat, tetapi saya tahu Allah S.W.T belum beri lagi.

“Tapi kalau suami nak berpoligami sebab zuriat saya kalah. Kalau ikutkan, tiada wanita yang sekuat itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elizad juga berkongsi watak Bella yang dibawa dalam drama terbaru Astro berjudul, Berbahagi Suami.
Jelas Elizad, watak Bella itu berubah selepas suaminya, Dhani (Amar Baharin) berkahwin secara senyap-senyap dibelakangnya.
“Bella seorang lemah lembut tetapi bertukar disebabkan tak dapat perhatian dari suami.
“Dalam diam-diam kenapa suami berkahwin lain, dan ini adalah kerana kifarah. Apa yang Bella buat… kena tunggu,” ulasnya.
Untuk info, drama ini mengisahkan tentang rumah tangga Dhani (Amar Baharin) dan Bella (Siti Elizad) tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah (Sharifah Husna) sebagai isteri keduanya.
Dhani menikahi Aishah untuk menjaga maruah dan membalas budi setelah gadis kampung itu merawatnya selepas Dhani terlibat dalam kemalangan.
Namun, posisi sebagai isteri kedua tidaklah mudah bagi Aishah, terutama menghadapi keluarga Dhani yang berusaha memisahkan mereka.
Dalam perjalanan cerita, terungkap bahawa Bella dan Aishah memiliki masa lalu yang terkait dengan sebuah pembunuhan.
Bella bersikap ramah demi menjaga perkahwinannya tetapi dendam perlahan tumbuh setelah kegugurannya.
Hubungan semakin rumit ketika Aishah dan Bella ternyata berbagi ayah yang sama, sebuah fakta yang mengejutkan keluarga.
Dhani berusaha adil, tetapi cinta terhadap Aishah semakin dalam, menimbulkan konflik baru.
Sementara itu, Lydia, ibu Dhani yang protektif, dan Syafiq, adik tirinya yang diam-diam mencintai Aishah, turut memperumit cerita dengan dendam dan cinta tak terbalas.

BERITA TRENDING: “Tahun Baharu Saya Nak Kurangkan Kontroversi, Tak Mahu Nama Busuk Lagi” - Siti Hariesa

BERITA TRENDING: Kasih, Ibu Maafkan Remaja Yang Tikam Mati Suami & Nenek : “Dia Tetap Anak Saya”

BERITA TRENDING: Selebriti Lelaki Ditahan Bersama Ganja Di Cyberjaya

BERITA TRENDING: Vino G. Bastian Berhenti Lakon Babak Intim, Cium: “Kita Tinggal Di Timur…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live