Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jimmy Palikat Bertanding PRN Sabah - “Saya Nak Naikkan Taraf Sosio Ekonomi Tambunan...”

Fiza Kamarudin 14/09/2020 | 22:47 MYT

Penyanyi lagu Anak Kampung, Jimmy Palikat bakal bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan atas tiket calon Bebas.

Walaupun tidak mempunyai pendapatan sepanjang penularan Covid-19, Jimmy Palikat nekad bertanding.
Jimmy berkata, ini waktu sesuai dia terjun dalam bidang politik sebagai usaha untuk membangunkan sosio ekonomi, insfrastruktur dan pendidikan di Tambunan.
"Saya percaya rakyat Tambunan khususnya mahukan pemimpin baru dan muda. Saya nak naikkan taraf sosio ekonomi Tambunan di mana rakyat di situ perlukan kemudahan asas.
“Sebelum ini ada ahli politik yang sibuk berpolitik sampai lupa rakyat.

"Sekiranya diberi mandat melalui tiket Bebas ini, siapa pun kerajaan Sabah, oleh kerana rakyat Tambunan pilih Bebas, saya akan pilih kiri atau kanan. Bebas bukan 'katak'. Saya akan jaga kebajikan rakyat Tambunan.

"Tapi, disebabkan saya calon Bebas, tak ada peruntukan khas melainkan guna wang sendiri saja. Lebih-lebih lagi pendapatan dari awal tahun sampai sekarang terjejas ekoran Covid-19, memang tidak ada pendapatan.
Jadi saya teruskan juga walaupun banyak halangan," katanya.
Jimmy berkata, ini pertama kali dia bertanding dalam pilihan raya selepas gagal berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Menyertai politik memang ada saja percaturan. Saya takkan berhenti setakat sini saja. Saya akan terus mencuba sehingga penat atau sudah tak diperlukan lagi waktu itu.
"Saya berharap boleh menang, tapi kalau sebaliknya, tak jadi masalah. Mungkin sentuhan kurang berbisa ketika ini.
Bagaimanapun saya akan ambil pengalaman dan belajar untuk tak berputus asa pada masa akan datang," katanya.
Sumber: Harian Metro

#Anak Kampung #Jimmy Palikat #PRN Sabah
;