Laman Utama

J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil

Maliah Surip
24/08/2022
04:25 MYT
Sponsor Banner
J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil
Pasangan Jennifer Lopez dan Ben Affleck diketahui meraikan perkahwinan ringkas mereka pada Julai lalu dengan sebuah resepsi yang berlangsung mewah.
Namun resepsi yang berlangsung pada 20 Ogos 2022 itu dijalankan secara tertutup.
Mereka hanya mengundang ahli keluarga dan teman rapat seperti Matt Damon dan isteri, sutradara Kevin Smith untuk meraikan perkahwinan yang diadakan di ladang milik Affleck di Riceboro, Georgia, Amerika Syarikat.
Selepas beberapa hari majlis bersejarah itu berlangsung, J.Lo dilihat memuat naik foto penampilannya sebagai pengantin perempuan di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut menampilkan wajah J.Lo di sebalik veil berwarna putih.
“Penampilan pertama perkahwinan saya boleh dilihat di OnTheJLo.com," tulis pesohor itu.
Menurut Vogue, J.Lo mengenakan tiga busana pengantin rekaan Ralph Lauren Couture.
Dua bintang yang pernah bertunang namun putus sedekad lalu itu kembali bercinta dan mengambil keputusan untuk kembali bersama awal tahun ini.
Mereka kemudian bertunang pada April lalu dan mengejutkan dunia hiburan apabila berkahwin di Little White Wedding Chapel, Las Vegas pada Julai lalu dengan J.Lo menyarung gaun pengantin yang pernah dipakai dalam salah sebuah filem lakonannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar