Joe Flizzow Jadikan Amy Search Sebagai 'Guru’ Bila Di Atas Pentas - “Saya Sebenarnya Sangat Mengagumi…”
Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow sentiasa menjadikan penyanyi lagenda rock, Datuk Amy Search sebagai idolanya setiap kali dia berada di atas pentas untuk melakukan persembahan.
BERITA BERKAITAN: Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw
BERITA BERKAITAN: Hannah Yeoh Tegur Pakaian Joe Flizzow - "Dia Selalu Pakai Seluar Baggy, Baju Tak Tuck In"
BERITA BERKAITAN: Suami Desak Mahu Anak, Sofia Vergara Pilih Cerai: “Saya Sudah Menuju Menopaus”
BERITA BERKAITAN: Joe Flizzow Lepas ‘Gian’ Dalam This Is Johan Live In Concert, Pukau Lebih 1,500 Penonton!
Melihatkan tenaga rapper itu melakukan persembahan di Helipad Petronas Sepang International Circuit malam Ahad menjadikan ratusan anak muda turut terhibur dengan stamina yang ditampilkan penyanyi berusia 45 itu.
Berkongsi lanjut, Joe yang memghormati penyanyi lagend itu berkata, tenaga yang ditonjolkan setiap kali persembahan membuatkan dia juga ingin melakukan perkara yang sama.
"Saya sebenarnya sangat mengagumi Amy Search setiap kali dia berada di pentas. Kita boleh lihat tenaga dia maintain… dia ada style sendiri. Dia boleh berjoget sambil menyanyi. Bukan senang sebenarnya.
"Jadi kalau Amy boleh lakukan seperti itu, kenapa tidak saya? Dari persembahan Amy jugalah buatkan saya sentiasa bersemangat untuk rasa bertenaga di atas pentas," katanya kepada Gempak.
Pemilik nama sebenar Johan Ishak ini juga berpandangan, sebagai penghibur dia harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghiburkan penonton.
Sesuatu persembahan yang dilahirkan daripada jiwa itulah yang akan menjadikan seseorang artis terlihat jujur ketika mengadakan persembahan.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri, Joe dilihat tampil bersahaja dalam gaya rappernya menyanyikan lebih lima buah lagu pada malam konsert yang berlangsung malam Ahad.
"Selain itu saya juga percaya, semangat kita,tenaga yang berjaya kita tampilkan juga ini berpunca daripada crew dan 'musician' yang terlibat dalam mana-mana penganjuran konsert.
"Kita tak boleh pandang ringan pada mereka yang dibelakang tabir itu,kerana bagi saya mereka juga memberi kesan pada persembahan seseorang artis itu sendiri," katanya.
Antara lagu yang dibawakan pada malam tadi seperti Havoc, Satu Malam di Temasek.