Laman Utama
Joe Flizzow Lepas ‘Gian’ Dalam This Is Johan Live In Concert, Pukau Lebih 1,500 Penonton!
Penyanyi hiphop terkenal tanah air, Joe Flizzow akhirnya dapat melepaskan ‘gian’ dengan melakukan persembahan pertamanya selepas 15 tahun bergerak solo di Konsert This Is Johan Live In Concert yang berlangsung meriah di JioSpace, Petaling Jaya, malam Sabtu.
This Is Johan Live In Concert berjaya memukau lebih 1,500 penton yang hadir selepas sudah lama menantikan persembahan hebat daripada Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, 44, itu.
Anak kelahiran Johor itu, mendapat sorakkan penonton selepas muncul kira-kira jam 9 malam semalam serta memulakan persembahannya dengan lagu-lagu bertenaga seperti Iler Iller, Bergerak dan All Around My World.
Persembahan yang havoc dari penyanyi itu berlangsung selama dua jam dengan menyampaikan lagu-lagu lama dan baharu yang berjumlah 36 buah lagu kesemuanya.
Istimewa untuk peminat dan penonton malam itu, Joe mempersembahan juga dua buah lagu barunya 501 dan Sunyi.
Selain itu, Joe turut menyanyikan lagu-lagu popularnya yang menjadi kegemaran pendengar ramai peminat seperti Satu Malam Di Temasek, Satu Kali, Baek, Apa Khabar, Smapai Jadi, Havoc dan banyak lagi.
Tidak cukup dengan itu, Joe tidak lupa untuk menjemput rakan-rakan duetnya menerusi lagu-lagu popularnya sebelum ini seperti Alyph, Sona One, MK K-Clique, Azlan & The Typewriter, Ila Damia dan Adeep.
Meskipun tidak lagi bersama TooPhat bersama sahabatnya sebelum ini Malique, Joe tetap menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popular kumpulan itu seperti, 2Phat Baby, Anak Ayam, Just A Friend, Dua Dunia, Ala Canggung, Just A Lil Bit dan Alhamdulilah.
Konsert This Is Johan Live In Concert turut dihadiri tetamu kenamaan, Menteri Belia Dan Sukan, YB Hannah Yeoh sebagai tanda penghargaan pada penyanyi tersebut yang sudah lama bertapak dalam idnustri hiburan tanah air.