,
Hollywood

John Cena B*gel Di Oscars 2024, Beri Penghormatan Pada Peristiwa Ini…

Maliah Surip
11/03/2024
05:25 MYT
Anugerah Oscar 2024 berakhir dengan seribu satu cerita. Salah satunya tentulah aksi ahli gusti terkenal, John Cena yang tampil di atas pentas tanpa seurat benang!
Ya, Cena tampil bogel dengan hanya sampul pengumuman kemenangan menutupi bahagian alat sulitnya.
Cena yang muncul sebagai cameo dalam filem Barbie, berbogel sewaktu menyampaikan anugerah Kostum Terbaik kepada pemenangnya dari tim naskhah Poor Things.
Selaku hos, Jimmy Kimmel memperkenalkan Cena dan bertanya kepada tetamu: “Bolehkah anda bayangkan seorang lelaki berbogel di atas pentas sekarang? Ia gila bukan?”
Sejurus itu Cena muncul dari tepi pentas sambil berkata: “Ini adalah majlis yang elegan. Sejujurnya anda patut malu dengan idea ini. Badan lelaki bukan bahan candaan!”
Kimmel kemudian menjawab Cena sudah terbiasa berbogel sewaktu beraksi di pentas WWE.
“Saya tidak berbogel waktu bertarung. Saya memakai jorts (seluar jeans pendek),” katanya.
Ironi, penampilan bogel Cena tersebut telah dirancang. Variety melaporkan aksi bogel tersebut adalah sebuah penghormatan terhadap ‘babak gila’ yang pernah terjadi dalam sejarah Academy Awards apabila seorang lelaki tanpa seurat benang telah naik ke atas pentas Oscar ke-46 pada tahun 1974.
Insiden tersebut terjadi sewaktu David Niven memperkenalkan Elizabeth Taylor dan disifatkan sebagai ‘puncak’ kepada kejadian ramai individu sengaja berbogel untuk menganggu majlis.
Meski Cena kelihatan berbogel di hadapan umum, sebahagian punggungnya ditutup dengan fabrik dari warna kulit.
Related Topics
Must-Watch Video
Hollywood

Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

gempak
20/09/2024
16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.