Laman Utama

John Mayer Dedah Gemar Berb*gel Sambil Main Gitar Selepas…

Izwan Isa
24/12/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
John Mayer Dedah Gemar Berb*gel Sambil Main Gitar Selepas…
Penyanyi dan penulis lagu, John Mayer mengakui melakukan rutin pelik selepas berasmara dengan wanita suatu ketika dahulu.
Menerusi temu bual bersama Alex Cooper, John berkata, dia kadang-kala akan bermain gitar untuk pasangannya dalam keadaan bogel.
“Kamu tidak seharusnya bermain gitar untuk tujuan berasmara dengan seseorang. Tetapi, bermain gitar dalam keadaan bogel sejurus selepas itu bakal menjadi satu hal yang sangat diingati,” katanya.
Dalam pada itu, John mendedahkan, lagu hits miliknya, Your Body Is A Wonderland diinspirasikan menerusi pengalamannya sewaktu di sekolah tinggi.
“Lagu itu mengenai teman wanita pertama saya. Karya itu berkenaan dengan perasaan yang saya fikir memberi cebisan rasa nostalgia.
“Ketika saya menulis lagu itu, saya berusia 21 tahun… dan lagu itu berkenaan pengalaman saya sewaktu berusia 16,” katanya.
Pernah berpacaran dengan ramai selebriti sebelum ini, John berkata, dia tidak lagi bersungguh dalam mencari pasangan hidup.
“Berpacaran bukan lagi aktiviti yang sesuai untuk saya, ia tidak wujud dalam apa-apa jenis... ia tidak bercorak lagi.
"Saya tak berpacaran sangat, saya tidak fikir saya perlu melakukan hal itu, sejujurnya,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar