Hollywood

Johnny Depp Nekad Bercerai Selepas Bekas Isteri Berak Atas Katil

Amri Hassan
11/07/2020
05:31 MYT
Sponsor Banner
Johnny Depp Nekad Bercerai Selepas Bekas Isteri Berak Atas Katil
Bintang Hollywood Johnny Depp mendedahkan tindakan bekas isterinya, Amber Heard membuang najis atas katil menjadi kemuncak konflik rumah tangga mereka.
Kata Depp dalam satu kenyataan bertulis kepada mahkamah, Heard atau kemungkinan salah seorang daripada rakannya bertanggungjawab atas tindakan jijik itu.
Difahamkan, tindakan membuang najis atas katil itu merupakan salah satu prank yang tidak membahayakan sesiapa.
"Sebaliknya dia ada menyalahkan anjing peliharaan kami pula," katanya dalam kenyataan tersebut.
Depp turut menafikan tuduhan telah memukul Heard seperti yang pernah dilaporkan oleh sebuah akhbar antarabangsa sebelum ini.
"Saya punyai kod moral sendiri yang mana tidak akan sesekali menyakiti wanita dalam apa juga keadaan pada bila-bila masa," tambahnya.
Dalam pada itu, Depp mendakwa Heard pernah membaling botol vodka dalam satu pergaduhan di Australia pada 2015.
Malah, pelakon siri Criminal Minds itu pernah memukul Depp berkali-kali dalam pesawat peribadi pada 2014 sekiranya dia ingin ke tandas.
Depp turut melabelkan Heard sebagai sosiopath narsistik, iaitu mengahwininya demi kelangsungan kerjaya semata-mata.
Manakala, peguam Heard menyebut Depp sebagai kaki pukul apabila dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.
Depp dan Heard disatukan pada Februari 2015 dan disahkan bercerai pada Januari 2017.
Sumber: Daily Mail
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar